Friday 14 July 2017

KENCING MANIS BOLEH MEMBUNUH!

KENCING MANIS BOLEH MEMBUNUH!

KENCING MANIS BOLEH MEMBUNUH!

Jika dahulu, kita selalu beranggapan bahawa penyakit jantung merupakan pembunuh NO. 1 dunia. Namun, dengan kemajuan teknologi sekarang, penyakit jantung boleh dirawat pada peringkat awal. Bahkan, melalui pembedahan, pesakit jantung masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Selari dengan kemajuan ini, pola penyakit kronik juga berubah. Kita sedar atau tidak, penyakit ‘silent killer’ kini bukan lagi penyakit jantung, tetapi penyakit kencing manis atau diabetes.   Dalam satu kajian yang dijalankan oleh National Health and Morbidity Survey 2015, peratusan rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit kencing manis meningkat kepada 17.5 peratus pada tahun 2015 berbanding tahun 1996 yang hanya 11.6 peratus [1]. 

Peningkatan peratusan ini sebenarnya selari dengan peningkatan kadar peratusan masyarakat kita yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti.   Lebih mengejutkan lagi ialah ramai di antara kita yang tidak sedar sebenarnya mereka menghidapi penyakit kencing manis. Ini kerana, ramai di antara kita masih lagi menyangka yang penyakit kencing manis ini hanya menyerang golongan veteran seperti pak cik-pak cik yang sudah pencen, bekas tentera yang meluangkan masa bermain dam aji di warung kopi, atau warga tua yang berusia 50 tahun ke atas.  

 Sedangkan pola penyakit kencing manis kini sudah pun berubah. Dan perubahan ini sangat ketara dan membimbangkan kerana orang muda yang berusia seawal 30-an juga boleh menghidap sakit kencing manis. Perubahan pola penyakit kronik ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang kita sendiri secara sedar sering kita amalkan dalam kehidupan seharian. 
  Budaya melepak di kedai makan sehingga larut malam, habit makan process food dan fast food seperti nugget, sosej, kentang dan pengambilan gula yang melebihi 10 sudu dalam satu hari. Budaya yang sudah menjadi kebiasaan dan dianggap normal inilah yang menyebabkan ramai golongan muda bahkan kanak-kanak sudah menghidapi penyakit kencing manis stage 1 dan 2. Potensi menghidap kencing manis lebih tinggi jika seseorang itu sering mengambil minuman bergas yang mengandungi gula yang tinggi. 

   Lebih membimbangkan, penyakit kencing manis ini merupakan kesan sampingan yang bermula dengan masalah berat badan berlebihan atau obesitI. Seseorang yang obes berisiko untuk mendapat penyakit yang digelar penyakit 3 serangkai, iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

 Ketiga-tiga penyakit ini saling bersangkut-paut. Tidak hairanlah jika rakyat Malaysia merupakan penghidap penyakit kencing manis tertinggi di Asia Tenggara. Melalui statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia berada di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai [2]. 

   Penyakit kencing manis ini berlaku apabila organ pankreas manusia tidak dapat menghasilkan insulin. Pankreas merupakan organ badan yang akan menghasilkan insulin apabila badan menghantar isyarat menunjukkan kadar peningkatan glukos atau gula dalam saluran darah secara tiba-tiba. Bila kita makan, glukos yang terdapat dalam makanan tersebut akan ditukar menjadi tenaga dan disimpan sebagai lemak [3].

   Namun, bagi pesakit kencing manis, organ pankreas mereka tidak lagi mampu untuk menghasilkan insulin yang diperlukan. Kesannya, glukos yang terdapat di dalam darah tadi tidak dapat diserap masuk ke dalam sel-sel badan dan juga tisu badan. Bila badan kita sudah tak lagi sensitif dengan peningkatan glukosa dalam darah dan insulin tidak dapat dihasilkan dengan baik, maka glukosa tadi akan kekal di dalam saluran darah dan berlakulah peningkatan kadar gula dalam badan. 

Dari situ akan terjadinya simptom-simpton lain akibat jangkitan kencing manis seperti luka sukar sembuh, mata mengalami rabun / silau, sering pening kepala dan juga peningkatan darah (bacaan blood pressure meningkat).   Penyakit kencing manis ini digelar ‘silent killer’ kerana penyakit ini boleh membuatkan penghidapnya rabun atau lebih teruk lagi buta, mengalami komplikasi buah pinggang, jangkitan luka yang tidak sembuh yang akhirnya akan menyebabkan kecacatan kekal, sakit jantung dan strok. 

 Lebih menyedihkan lagi, penyakit kencing manis ini tidak boleh di ubati dengan perubatan moden tetapi ia hanya mampu di kawal melalui ubat-ubatan atau suntikan insulin kekal untuk seumur hidup.   Dalam Bahasa mudahnya, pesakit kencing manis akan bergantung hidup pada ubat-ubatan untuk sepanjang hayat kerana organ pankreas yang tidak lagi mampu berfungsi dengan baik. Hanya dengan menukar gaya hidup melalui kawalan pengambilan gula dan suntikan insulin atau pengambilan pil, pesakit kencing manis boleh menikmati kehidupan seharian seperti biasa.  

BAGAIMANA MENGELAK DARIPADA TERKENA PENYAKIT KENCING MANIS?

Seperti yang kita sedia maklum, punca utama penyakit kencing manis adalah berpunca daripada pengambilan gula berlebihan dalam badan pada setiap hari. Kadar gula maksima yang sesuai untuk badan dalam sehari hanyalah sekitar 6 sudu teh sahaja. Apabila kita mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula melebihi 6 sudu teh sehari, maka dari sinilah kita akan mula terdedah kepada penyakit kencing manis.   
 Secara perlahan-lahan, organ pankreas dalam badan kita akan mengecut dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Ketika itu kadar insulin dalam badan kita akan berkurangan dan bermulalah kencing manis dalam kehidupan kita.   Untuk mengelakkan masalah kencing manis ini, terdapat beberapa cara antaranya dengan mengurangkan pengambilan gula harian anda. Cuba kurangkan sehabis mungkin kadar gula yang anda ambil setiap hari. Sekiranya anda pergi ke kedai makan, pesan minuman yang kurang gula atau pesan minuman buah-buahan tanpa gula. Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 2 liter sehari bagi membantu buah pinggang anda berfungsi dengan baik dan membantu melancarkan proses perkumuhan dalam badan anda.   

 Namun, bagi sesetengah orang, agak sukar bagi mereka untuk mengurangkan pengambilan kadar gula. Ada kalanya seseorang itu akan mengalami masalah seperti menggigil, kekejangan otot dan rasa tidak senang duduk atau seperti ingin pitam kerana kekurangan gula dalam badan. Kebiasaannya pesakit yang sedang dalam risiko awal kencing manis akan mengalami simptom seperti ini. 

Sekiranya anda salah seorang yang mengalami simptom seperti ini, maka anda boleh menggantikan pengambilan gula kepada pengambilan pemanis semulajadi stevia. Dipasaran terdapat pelbagai produk yang telah dijual yang menggunakan 100% bahan semulajadi diproses daripada daun stevia.  

GANTIKAN PENGAMBILAN GULA DENGAN STEEVYA!

Antaranya adalah jenama STEEVYA. Produk yang dihasilkan oleh bumiputera dan disahkan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta melalui beberapa ujikaji makmal dan disahkan TIADA bahan merbahaya. Produk STEEVYA ini juga merupakan produk stevia cecair pertama yang mengandungi Vitamin C didalamnya yang mana vitamin C ini berfungsi sebagai ejen imunisasi badan dalam membantu pertumbuhan sel-sel badan. 

Seperti yang kita ketahui, penghidap kencing manis akan berhadapan dengan masalah luka sukar sembuh. Maka dengan pengambilan vitamin C yang mencukupi, maka sel badan dapat membantu merawat luka-luka yang terjadi tadi.   Dalam keaadaan kegawatan ekonomi, untuk membeli stevia yang agak mahal dipasaran adalah berat bagi mereka yang mempunyai kekurangan dari segi kewangan.

 Namun, dengan adanya produk STEEVYA, maka tiada lagi masalah bagi semua individu untuk berubah menjadi lebih sihat. Kerana, produk STEEVYA ini dijual pada harga yang amat berpatutan. Hanya dengan RM 49.00 sahaja, anda boleh mendapat sebotol stevia semulajadi dengan 50ml yang mana sebotol ini sudah mencukupi untuk kegunaan sekeluarga selama 2 - 3 minggu (berdasarkan penggunaan 2x sehari bagi 3 ahli keluarga). 

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang STEEVYA? Layari website ini: www.steevya.net Ingin membeli secara online produk STEEVYA? Layari: www.steevya.com   Masih sempat untuk anda semua melakukan langkah pencegahan dalam badan anda. Gantikan penggunaan gula kepada penggunaan STEEVYA yang lebih baik dan bebas kalori serta selamat. Jagalah kesihatan anda. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman, gantikan dengan STEEVYA.   Selamat mencuba!  

TESTIMONI STEEVYA

Tuesday 11 April 2017

Bluebell Radiance Skincare Series

Assalamualaikum , Hai .. apakabar ?, lama rasanya tak tulis mengenai produk penjagaan kulit muka ni . Kali ini Lisa nak share pengalaman pakai produk muka dari Bluebell Radiance Skincare Series baru baru ini . Dari first tengok packing je Lisa dah rasa tertarik sebab pek yang comel and senang dibawa kemana sahaja. Lisa pula memang dah lama suka tengok kulit Reen Rahim , Duta Bluebell Radiance ini. Tak sabar nak try lepas terima parcel ni . 

Bluebell Radiance Skincare Series 

Kandungan dan Fungsi Utama Bluebell Radiance Skincare Series :

Bluebell Radiance Skincare Series diformulasikan dari ekstrak semulajadi yang suci lagi Halal, Collagen dan Stem Cells seperti Olive Oil, Argan Oil, Aloe Vera, Hamamelis Virginia Witch Hazel, Fruit Oil, Collagen, Shea Butter dan banyak lagi.

Bluebell Radiance Skincare Series dapat membantu dan merawat masalah kulit, dalam masa yang sama juga menyihatkan lagi kulit kita supaya cerah berseri :)


Antara kelebihan menggunakan Bluebell Radiance Skincare Series ialah :
*Merawat jerawat dan jeragat 
*Mengatasi masalah kulit berminyak 
*Membuang blackheads 
*Merawat kulit kusam
*Menjadikan muka glowing
*Melembapkan kulit
*Merawat sunburn
*Merawat kulit sensitif
*Melindungi dari sinar UVA dan UVB
*Melambatkan proses penuaan
*Menghilangkan tompok hitam 
*Menganjalkan kulit
*Mengelakkan liang roma tersumbat
*Mencerahkan kulit 
*Menjadikan kulit bebas cela.


Untuk pengetahuan semua, produk Bluebell mempunyai kelulusan KKM dan juga telah diuji 🔬oleh makmal SIRIM QAS bagi memastikan selamat digunakan oleh pengguna dan  terbukti bebas dari bahan yang memudaratkan.😊


CARA PENGGUNAAN  Bluebell Radiance Skincare Series 


BlueBell Halal Cosmetic's Cleanser
Harga RM 17.00
Cleanser , digalakkan dipakai 2kali sehari,pagi dan malam ataupun boleh juga kalau nak digunakan selepas mandi dan sebelum Wudhu. Cara penggunaan : Tuangkan di tapak tangan, gosokkan sedikit dan sapukan ke muka secara lembut serta bilas sehingga bersih . Bau cleanser ni wangi jek , korang mesti suka . Rasa nak belai pipi je lepas cuci muka dengan cleanser Bluebell ni .. lembut wei. 

Bluebell Halal Cosmetic’s Cleanser adalah Pembersih muka yang sesuai untuk semua jenis kulit. la mengandungi Salicylic Acid dan Glycolic Acid yang membantu menghilangkan bintik-bintik jeragat, jerawat dan sel-sel mati di kulit anda tanpa mengakibatkan liang roma tersumbat pada kulit muka. Kulit muka anda akan sentiasa kelihatan bersih, berseri dan tidak berminyak.

BlueBell Serum Radiance
Harga RM35.00

Serum
dipakai sebelum Daily Defense Moisturiser dan Night Moisturiser untuk kesan yang lebih baik.
Cara penggunaan ;  biasanya kalau paling malas la , Lisa calit serum je kat muka , so nampak la kulit rasa lembab dan tak rasa kering . Tak perlu guna banyak , cukup 3 4 titis je dan ratakan keseluruh muka .

Serum Radiance dari BlueBell diformulakan bagi menaikkan seri wajah, mencerahkan kulit secara dalaman dan semulajadi. Rumusan dari “Stem Cell” don “Collagen” ini dapat membantu melambatkan proses penuaan dan menghilangkan parut jerawat dan jeragat.


Daily Defence Moisturiser
Harga : RM 37.00

Daily Defense Moisturiser boleh dijadikan foundation sebelum bersolek.1kali pam dah memadai utk diratakan seluruh muka. Direka khas untuk kulit orang Asia dalam menghadapi cuaca panas terik serta tekstur warnanya yang menyerupai warna kulit orang Asia. la dlperkaya dengan Licorice yang membantu kulit anda menjadi lebih cerah dan berseri sepanjang hari. la juga bertindak sebagai asas solekan dan melindungi kulit anda dari sinar UVA serta UVB.

Cara penggunaan : Lepas bersihkan muka dengan cleanser , korang calit beberapa titis serum dekat muka . Lepas tu baru gunakan Daily Defence Moisturiser ni , Tak perlu keluarkan banyak-banyak , cukup sekali pam je dan ratakan keseluruh wajah . Daily defence ni rasa ringan je je di wajah ,lembut dan menyerap kulit muka . sesuai sangat dengan Lisa , sebab bukan jenis yang suka pakai foundation kebanyakan . 
Night Moisturiser
Harga : RM 39.00

Night Moisturiser Pelembap malam yang diperkaya dengan “Stem Cell” dan “Collagen” ini dapat membuatkan kulit anda sentiasa muda remaja. Stem Cell yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan adalah agen anti-penuaan yang amat efektif untuk merangsang sel-sel baru dan membantu menghilangkan tompok-tompok hitam. Kulit anda akan sentiasa kelihatan tegang dan anjal. dipakai sebelum tidur, pastikan muka bersih. 

Cara penggunaan : Bersihkan muka dan kemudian sapu Night Moisturiser Bluebell . Malam ialah masa yang sesuai untuk rehatkan muka , korang boleh gunakan Moisturiser ni untuk elak kulit wajah kering ketika bangun tidur nanti . Seronok je rasa sentuh wajah , rasa lembut walaupun tidur dalam bilik yang beraircond .

Nah Lisa tunjuk kan kulit muka tanpa secalit makeup time malam . Plowess kan... ( Ciss perasan pulak )


Testimoni Pengguna Bluebell Radiance Skincare Series : 






Untuk testimoni yang lebih banyak , korang boleh tengok di website bluebell- testimoni 


Harga Bluebell Radiance Skincare Series 


Harga PACK RM85 ( tanpa serum )
Harga SET RM113 ( dengan serum )
Jadi Better korang beli dengan serum sekali la.. lagi jimat dari pada beli asing-asing.

Harga Pack RM85 (tanpa Serum)
Harga Set RM113 (dengan Serum )



Review dan Komen Lisa : 

Lisa suka dengan set dari Bluebell Radiance Skincare ini sebab dari segi packing :  senang tuk bawa kemana-mana , packing dari botol plastik ini lebih selamat dari botol kaca . Lisa ni jenis cuai , pernah jatuhkan produk muka padahal baru beli dan baru pakai sekali... kecewa sungguh time tu . Dari segi produk ; produk ni tekstur ringan , lembut , cepat meresap ke kulit dan juga wangiii.. tu yang rasa jatuh hati tu ha. Pakai seminggu ni dah rasa lembab dan lembut je kulit muka Lisa. Ingat ye , tempoh untuk nampak kesan dari produk ini bergantung pada jenis kulit masing-masing . 



Maklumat selebihnya , korang boleh tengok dibawah ini :

Facebook : Bluebell Halal
Instagram : @bluebellhalal
Twitter : @BlueBellHalal

Alamat : Unit 26 Level 16, Plaza Azalea,
No. 6 Persiaran Bandaraya, Seksyen 14
Shah Alam, Malaysia

No Tel : 019-356 8850


Friday 28 August 2015

penukaran nama kulaijaya kepada KULAI

Sultan Johor semalam menitahkan agar nama daerah Kulaijaya ditukar kembali kepada nama asalnya, Kulai berkuatkuasa serta-merta.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam titahnya turut menggesa agar kerajaan Negeri memikirkan nama sesuai bagi menggantikan nama daerah Nusajaya.
“Nama asal sesebuah tempat itu diberikan oleh nenek moyang kita, walaupun nama tersebut kedengaran seperti agak ganjil, namun kita perlu menghormati nama yang diberikan kerana ia berkait rapat dengan sejarah,” titahnya selepas merasmikan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.
Turut berangkat dua anakanda baginda, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan Tengku Temenggung Johor, Tunku Idris.

kemalangan maut di parit sulong

JOHOR BAHRU: Seorang penumpang kereta dan penunggang motosikal maut apabila kenderaan mereka dirempuh sebuah jip dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Kangkar Senangar, Parit Sulong dekat Batu Pahat, tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad, berkata mangsa, Saidi Abd Karim, 55, dari Kampung Parit Mustafa, Parit Sulong meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal, Selamat Latif, 32, dari Parit Sentang Batu, Parit Sulong, meninggal dunia di hospital, dua jam kemudian.

Gambar Perhimpunan Bersih


Gambar sekitar perhimpunan Bersih 4.0 2015 di KL Kuala Lumpur pada 29 Ogos 2015. Difahamkan perhimpunan Bersih edisi ke 4 kali ini jauh lebih radikal dimana ianya berlangsung selama dua hari berturut bermula 29 Ogos 2015 sehingga 30 Ogos 2015. Lokasi perhimpunan Bersih 4.0 ini bermula dari Pasar Seni menuju ke Dataran Merdeka bermula pada jam 2.00 petang. Antara lima tuntutan perhimpunan Bersih 4.0 antaranya adalah bersihkan pilihanraya, kerajaan bersih, hak membantah, kukuhkan demokrasi parlimen dan selamatkan ekonomi Malaysia.
Gambar Perhimpunan Bersih 4.0 Kuala Lumpur KL 29.8.2015
 

jangan jadikan kambing hitam

SHAH ALAM -  "Janganlah menimbulkan isu berkenaan saya dan ayahanda saya, semata-mata untuk mengalih perhatian daripada isu-isu yang lebih menekan rakyat," kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam perkongsian terbarunya.Melalui laman Facebook Johor Souther Tigers, Tunku Ismail mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang telah diarahkan untuk 'menyerang' beliau dan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

"Persoalannya sekarang, adakah saya dan ayahanda saya bersuara untuk kebaikan negeri dan negara, atau untuk mendatangkan kemudaratan kepada negara?

"Kami hanya memperjuangkan kesejahteraan rakyat, selain menasihati para pemimpin negara supaya menjalankan tugas dengan telus dan berintegriti demi rakyat," kata Tunku Ismail.

Tunku Ismail berkata, beliau sedih kerana sesetengah pihak yang hanya memikirkan kedudukan, kuasa dan kepentingan peribadi, melihat pihak Istana seolah-olah mencabar kerajaan.

"Jikalau nasihat dan pandangan ayahanda saya sebagai Sultan, dan saya sebagai Tunku Mahkota, hendak disekat serta dipertikaikan, apalah pula harapan rakyat?

"Janganlah kami dijadikan kambing hitam sedangkan keadaan semasa terus melarat. Daripada hendak serang-menyerang antara satu sama lain, lebih baik masa dan tenaga tersebut dimanfaatkan untuk menangani permasalahan negara," kata beliau lagi.

About me

About Me

Months had too ham cousin remove far spirit. She procuring the why performed continual improving.

Read More